Friday 10 August 2012

Fiqh(3)



Bismillahirahmanirahim....
kita bersambung lagi mengenai fiqh  maqasid ni ye kawan-kawan....

Maqasid merupakan matlamat yang ingin dicapai dalam melakukan sesuatu.Dalam konteks ini maqasid yang dimaksudkan ialah maqasid atau objektif yang diletakkan oleh syara' dalam mensyariatkan hukum.Antara istilah popular yang digunakan ialah maqasid syariah, maqasid al-Syari'(Allah) dan maqasid syara' atau di dalam Bahasa Arabnya maqasid al-syariah, maqasid al-Syari' dan al-maqasid al- syar'iyyah. 
.........................................................................
  • hhuhuhu..sebenarnya....ak ketiduran dalam menyiapkan assignment dgn menggunakan spss....tengok angka  bagai semualah....tp sampai termimipi-mimpi pasal benda nie...belajar dalam mimpi kottt..hahaha....bangun2 je..dah penuh msj kat FB 2.....sorryyyyy sangat2 kpd beliau...gigih mengajar...tp aku...alahai...sabar je lah...xpe, lepas nie pasti kutebus kesalahanku....



  • salam dik..
  • apa kabar..huhu kita bertemu lagi..
    • k camni, *.**** try jawab sikit2 soklan adik tu ye ^^
    • -----------------------------
    • okey, kita g persoalan mengenai dharurir, tahsiniy dgn hajiy
    • mula2, adik kena tau yg ketiga2 perkara ini termasuknya dalam bab wasail..
    • haaa apa pulak la wasail ni ye?
    • Wasail (bacanya wa-sa-il) merupakan elemen penghubung/penyampai kpd maslahah & mafsadah.. kiranya mcm jln tengah la gitu.. dan maslahah & mafsadah tadi pula adalah elemen yg terkandung dlm maqasid tu sendiri.. maksudnya wasail ni gunanya nak menyampaikan kita kpd maqasid tu.. okai? ^^
      Dan perlu diketahui yg wasail ni ada bebrapa pecahan :
      1. ada nas (wujud/tiada khilaf)
      2. tiada nas (guna 3 konsep tu)

      sebelum tu kena tau sikit yg wasail ni adalah jamak kepada perkataan wasilah ye dik (wasilah - wasail) senang kan? ^^
      kita amek contoh mudah2 sikit je..
      1. (a) ada nas tapi tiada khilaf
      - cthnya nas mengenai konsep perang atau al-Qital dlm ayat "Dan berperanglah kamu sehingga tiada berlakunya fitnah.."
      - dlm ayat ni, adik kena kenal pasti yg mana maqasid dan mana wasilahnya : boleh x define? hehe senang je..
      - Maqasid : tidak berlaku fitnah (kpd Islam)
      - Wasail : berperang (maka perang cumalah satu kaedah penyampai kepada tujuan yg utama tu)
      - Wasail pula boleh dinisbahkan dgn kondisi zaman mcm yg kita bncg mula2 dulu melibatkan masa, tempat dan kondisi.. Maka dinisbahkan perang pada zaman masyarkat dulu dgn al-qital iaitu perang yg berbunuhan tapi adaptasi zaman skrg boleh jadi hal2 yg melibatkan pilihan raya dll.. syaratnya maqasid itu tercapai iaitu tidak berlaku fitnah kpd Islam (nas jelas) huhu panjangnye dik..
      Ok yg lain plak,
      1. (b) ada nas tapi ada khilaf
      - cthnya Hadis mengenai puasa riwayat bukhari & muslim lbh kurang bunyinya "Berpuasalah kalian krn melihat (rukyah) hilal, dan berbukalah kerana melihat hilal. Maka jika ia tertutup awan bagimu, sempurnakanlah bilangan Sya'ban tiga puluh (hari)" [Au Kama Qal)
      - ok define cepat!! ^^
      - Maqasid : pastilah berpuasa
      - Wasilah : penetapan berpuasa itu berlaku khilaf, perasan x? sama ada guna rukyah saja atau guna rukyah dan hilal..
      amacam, senang x? hehe
      • Then barulah sampai kepada yg ditunggu2 tadi apabila wasail itu tiada ada nas yg khusus means menggunakan logik dan akal tetapi mesti ada panduan xleh nak ijtihad suka2 je dik ye..
      • Maka, di sini bagi menyampaikan maqasid syariah itu sendiri, wujudlah formula dharuriyat, hajiyyat, tahsiniyyat dan mukammalat yg boleh berubah-ubah mengikut masa, zaman dan kondisi tadi..
      • Dan perlu difahami juga kesemua konsep ni sebenarnya boleh menjelaskan kelima-lima peringkat maqasid lima tu iaitu jaga agama, nyawa, akal, keturunan & harta, boleh apply dalam kelima-lima..huhu
        Nak bagi cth mudah je utk senang paham :
        katalah dharuriyat (D), hajiyat (H), tahsiniyyat (T) dan kita amek maqasid dia menjaga hubungan atau komunikasi atau silaturrahim ke..

        D = segala yg diperlukan utk mewujudkan & menruskan kehidupan, jika tiada maka sengsaralah& rosaklah kehidupan. cthnya dlm bab ni, memiliki sebijik henset iaitu yg basic je boleh calling dan sms, ada je dah boleh capai maqasid tadi, betul tak? ^^

        H = perkara memberi kemudahan kpd manusia & mengelak kesukaran, jika tak dipenuhi akan dapat kesusahan tapi tak la sampai memusnahkan.. cthnya mungkin henset kita tu henset yg ada 3G atau wifi yg boleh connect internet.. klu ada lebih mudah x? lebih mudah kan sebab boleh online utk berhubung jgk, tapi klu xde masih mencapai x maqasid? masih capai dgn hanya henset yg boleh call & sms.. kan3? ^^

        T = menjadikan kehidupan lebih selesa, jika tak dipenuhi tak beri kesan apa-apa pun kpd kehidupan.. dalam kes ni, mgkin henset tu nak ada kamera ke, bleh record ke, means canggih2 sgt la, radio ke, atau model henset tu sendiri, nak lipat tak lipat, touch screen dll.. ada pun xpe, tapi klu xde pun xde effect pun kan utk capai maqasid tu.. ^^
.....................................................

emm tny pasal mukammalat ek? yg ni tambahan je dlm sesetengah teks, x berapa ditekankan sgt.. lbh kepada melengkapkan saja, dia adalah perkara2 yg berdasarkan kpd uruf atau adat budaya setempat..

cthnya ada satu zaman, golongan agamawan ni klu tak berkopiah cthnya tak dipandang tsiqah oleh masyarakat maka ada keperluan berkopiah.. nk kata dharury pun tak, hajiayat pun tak, tapi uruf saja.. klu zaman skrg, agamawan tak berkopiah pun org boleh terima so mcm tu la.. yg pnting 3 konsep tu ye..


adik syamimi kena paham yg ketiga2 konsep ni, dia x rigid tau.. yg rigid tu mgkin maqasid, tp wasilah ni boleh berubah2 ikut zaman, tempat dan kondisi.. igt ye,,

mcm cth henset tu.. dlm maqasid yg sama tapi utk seorang ahli politik cthnya, perhubungan dan komunikasi dia dah meluas, maka dharury atau keperluan mendesak dia mgkin smpai perlu ada henset yg 3G, intenet semua tu kan.. spya dia bleh berhubung dgn org setiap masa di mana2, tp org biasa2 mcm kita dah memadai yg biasa.. so paham ye dik, dia x rigid.. cuma ijtihad tu je perlu diteliti bukan ikut nafsu suka2 je.. okai.. ^^

....................................................................

So gitu la ek, adik paham dulu maqasid lima tu, menjaga lima perkara tu, then ketiga-tga wasilah ni perlu apply betul2 utk capai maqasid tadi.. emm, agak2 paham ke ni? hehe smpai berjumpa lagi.. salam ^^

.......................................................................
Ha..kasihankan kepada beliau...beliau tanya, kemudian beliau jawab...NURAINISYAMIMI.....please, jgn biarkan perkara yang sama berulang lagi....
jadi, akan bersambung lg ye.... =)



No comments:

Post a Comment