Wednesday 8 August 2012

Fiqh (2)




Bismillahirahmanirahim....

Baiklah..sebelum nie..kita dah tengok... fiqh ikhtilaf dan fiqh muwazanat kan...
so sekarang..kita tengok pula fiqh maqasid... =)

......

Tujuan siyasah syar`ieyyah ialah untuk melaksanakan maqasid syarak iaitu yang terkandung di dalam perkara yang berkaitan dengan ‘jalb al-masalih’ ( mendapatkan kemaslahatan kepada manusia ) dan ‘dar’ al-mafasid’ ( menghilangkan kemudaratan daripada mereka).

maqasid ni pecah kepada 3 secara asasnya dan konsepnya ;

1. 'Ammah (umum)
2. Khassah (khas)
3. Juz'iyyah (Detail)


Maqasid  umum Syarak pula terbahagi kepada tiga ; sama ada yang berkaitan dengan memelihara perkara daruriyat, hajiyat atau tahsiniyat.
maqasid umum tu meliputi benda2 mcm keadilan, tolak kezaliman, ketenangan dlm hati..


Maqasid  khusus pula ialah perkara yang menjadi matlamat syarak dalam bab atau sistem tertentu seperti hukum-hukum berkaitan dengan kekeluargaan, hukum-hukum berkaitan kewangan, kehakiman dan sebagainya....boleh dikatakan maqasid  khas tu dia melibatkan fiqh yg khusus tu mcm ibadah, jinayat, munakahat, muamalat, jihadat..
  • jinayat tu perkara yg berkaitan dgn hukuman
  • cthnya hukum hudud, ta;zir semua duk bawah ni.. fungsi dia utk cegah penjenayah mengulangi jenayah, cegah org lain buat jenayah yg sama dan menghilangkan dendam terutama kpd ahli keluarga
  • jihadat tu jihad..fokus jihad pula utk keamanan & meninggikan kalimah Allah..



Maqasid juz’i ialah matlamat syarak dalam mewajibkan sesuatu kewajiban atau melarang sesuatu perbuatan seperti rahsia diwajibkan solat, puasa, zakat dan sebagainya..
kalau juz'iyyah tu lebih kepada hikmah, sbb dia detail sgt..
cthnya kaitan solat dgn sains, hikmah rukhsah solat dll..


okey paham ek 3 pembahagian maqasid tu..??
Ok..kita masuk semula dalam maqasid umum tadi k ?


Pertama: Memelihara Maslahah Dharuriyat (Keperluan Utama).
Maslahah daruriyat ialah maslahah yang menjadi keperluan asas kepada kehidupan manusia di dunia dan akhirat, jika sekiranya tidak dipelihara maslahah ini kehidupan manusia akan pincang dan hilang nikmat abadi. Maslahah asasi itu ialah, agama, jiwa, akal, keturunan (kehormatan) dan harta benda. Segala urusan agama dan keduniaan dibina di atas maslahah-maslahah ini dan hanya dengan memelihara kesejahteraannya sahaja kehidupan individu dan masyarakat akan berjalan dengan baik.




Kedua: Melaksanakan Keperluan Maslahah Hajiyat (keperluan)
Maslahah hajiyat ialah perkara yang diperlukan kerana memberi keselesaan kepada kehidupan dan mengelakkan daripada kesempitan yang pada kebiasaannya membawa kepada kesusahan dan keserbasalahan dalam hidup.
Maslahat hajiyat ini wujud dalam urusan ibadah seperti hukum-hukum rukhsah, dalam adat kebiasaan seperti keharusan menikmati perkara-perkara baik yang halal seperti, makanan, pakaian, kenderaan dan tempat tinggal.


Ketiga: Melaksanakan Keperluan Maslahah Tahsinyat ( Keelelokkan atau kesempurnaan)
Maslahah tahsinat  ini ialah sesuatu maslahah yang termasuk di dalam perkara yang membawa penyempurnaan hidup seperti adat-adat dan akhlak yang baik, menjauhi kekotoran dan sikap yang buruk dan melakukan amalan-amalan sunat dalam ibadah.


......
dan ada juga maqasid khursus syarak

Ermmm...penah dengar tak???
Ma'alatul Af'al (implikasi perbuatan)
seronok bincang bab ni dalam fiqh maqasid..

So....akan disambung lagi nanti k....hahaha...sebab masing-masing nak buka puasa tadi.... =)

terima kasih kepada beliau..hahaha..terharu kot....maaf susahkan...
Semoga Allah Merahmati... 




No comments:

Post a Comment