Friday 5 October 2012

Didikkan Allah








Bismillahirahmanirahim.. Alhamdulillah..Terima Kasih Ya Allah, Masih lagi berpeluang untuk bernafas...
Hari ini, aku diketuk dengan soalan-soalan daripada kakak usrahku..mimi..bagaimana dengan IMAN mu dik ? sihat ? bagaimana dengan HATI mu ? sihat ? bagaimana dengan AMAL mu ? sihat ? Allah..Allah..Mahu menitik air mata nie tatkala mendengar soalan ni..betapa aku "Tenat" nya ketika ini..sesungguhnya persoalan itu datangnya dari Allah melalui kakak seusrahku..Betapa Allah itu sayang akan hambaNYA..mengingatkan aku dengan persoalan-persoalan seperti itu..
Ya Allah..sesungguhnya aku insan y lemah..terima kasih ya Allah kerana masih memberi aku peluang untuk sujud dan bertaubat padaMU.. (T_T)
Terasa nikmat sihat itu sering ditarik.. Allah..
Kaki yang sering digunakan kehulu kehilir diberi sedikit ujian dengan sedikit bengkak asbab terjatuh dan juga melecur asbab terkena seterika yang panas..Oh Allah..mungkin ini adalah salah satu didikanMU untuk diriku..panasnya melecur tidak dapat melawan dengan panasnya nerakaMU ya Allah...dan mungkin juga kesakitan di belakang badanku yang sering menjengah ini juga merupakan didikan dariMU bahawa di dalam kubur kelak kesakitan ini tidak dapat menandingi azabMU..Oh Allah..betapa halusnya peringatanMU terhadapku.. (T_T)
Sesungguhnya aku bersyukur ya Allah kerana dianugerahkan kepadaku insan-insan yang sering mengingatkanku kepadaMU..yang sering menanamkan semangat kepadaku dengan senyuman mereka untuk aku melawan segala kesakitan ini, hanya untuk mengerjakan setiap amal ibadah kepadaMU dalam setiap kerja yang aku lakukan Ya Allah..sesungguhnya engkaulah yang Maha Penyanyang..


No comments:

Post a Comment