Thursday 12 December 2013

Pesan Ibu




Di kala dinihari..ibu berpesan kepadaku..
Kakak..jadikan al-quran sebagai garis panduan hidup dan s0lat sebagai pengingat mati..
Ibu berpesan lagi..
Kakak..jangan sesekali menzalimi diri sendiri dan 0rang lain..andai ada 0rang lain menzalimi diri kakak,jangan sesekali kakak membalasnya..mungkin ada hikmah di sebalik semua itu..d0akan mereka supaya mereka berubah..
Ibu berpesan lagi..
Kakak..jangan sesekali meninggikan suara kepada 0rang tua..berhikmah dengan kanak-kanak..sayangilah dan berlemah lembutlah dengan mereka,jaga tutur kata dan budi bahasa biar pun diri tiada rupa..
Ibu berpesan lagi..
Ibu tahu anak-anak ibu kuat..sebagai anak sulung,kakak kena jadi pelindung kepada adik-adik..jangan sesekali menghukum tanpa sebab tetapi hendaklah disiasat dahulu akan kebenarannya..jangan sesekali kakak berputus asa kerana ibu sentiasa mend0akan anak-anak ibu supaya berjaya di dunia dan akhirat..andai ibu sudah tiada,ibu cuma mengharap d0a daripada anak yang s0lehah sahaja..
Insya'Allah,ibu..anakmu ini akan ingat pesananmu ibu..

No comments:

Post a Comment