Thursday 7 November 2013

Bersediakah kita ??



Bismillahirahmanirahim…

Terasa gatal tangan ini mahu mencoret-coret di ruangan ini..
Mahu dikongsikan rasa setelah habis membaca buku Tenggelamnya Kapal Van Der Widj, penulisan Hamka..
Oh Allah, seriously memang menyedihkan..cinta 2 remaja yang tersimpan hingga ke nafas terakhir..pelbagai cabaran dan dugaan, prinsip hidup, pegangan sebuah janji dan juga penyakit cinta yang turut dimuatkan dalam buku nie..
Secara realitinya, diriku kurang menyukai kisah cinta-cinta, yang ku rasa itu semuanya dogengan kosong..mimpi dan bukan realiti..Tetapi, aku mengangumi penulisan penulis Hamka ini kerana gaya bahasa dan penulisannya yang dapat menenggelamkan aku dalam satu-satu suasana itu seperti suasana di kampung dan di sawah bendang, yang membuatkan aku merasakan benar-benar berada pada zaman itu..
Dan kisah ini juga membuatkan aku terfikir bahawa, mengenai tujuan bercinta itu sendiri…bagaimana kita meletakkan cinta kita pada tempatnya,, disamping meletakkan harga sesebuah perkahwinan itu sama ada untuk mencapai redhaNYA atau pun sekadar kehendak hawa nafsu ?? Dan dalam novel ini juga menceritakan bagaimana untuk kita memilih pasangan yang akan menjaga kita kelak ?? adakah kerana pangkatnya kah ?? kerana rupa parasnya kah ?? hartanya ?? atau pun agamanya ??

Perkara ini sebenarnya sering bermain-main di fikiran ku..buat sahabat-sahabat yang bakal menempuh musim seterusnya, aku tumpang gembira dan doakan kebahagian mereka..pabila ada yang bertanya tentang perkahwinan dan pernikahan kepadaku..aku akan utarakan persoalan..apakah tujuan sebenar pernikahan itu ?? adakah benar-benar memahami ‘main part’ nya ?? apakah matlamatnya ?? membina kharya ummah…membina y bagaimana ?? bermulanya dari diri sendiri…bagaimana tindakannya ?? perbanyakkan ilmu dan amalan…perbaiki mana yang kurang..

Pada pandanganku, untuk melahirkan seorang ummat Muhammad yang berkualiti pada masa depan adalah bermula dengan diri sendiri..Bukan sekadar bercakap di mulut, tetapi hendaklah disusuli dengan tindakan dan perbuatan yang berterusan..ISTIQAMAH.. Dan padaku, keserasian 2 buah keluarga adalah amat penting.. padaku, seorang lelaki itu tanggungjawabnya adalah kepada kedua ibu bapa mereka, jadi sebagai wanita, wajib memahami tanggungjawab suami, wanita itu haruslah tidak akan sesekali merungut dan menghalang sang suami itu mengutamakan keluarganya..perlu saling memahami antara satu sama lain…Janganlah sampai bermasam muka hanya kerana tidak dapat beraya di kampung masing-masing suatu hari nanti..

Dan bagi kita pula, banyak tanggungjawab seorang perempuan ini…sebagai isteri, ibu dan anak..bagaimana untuk kita sesuaikan diri dalam keluarga baru ? bagaimana untuk kita menguruskan hal rumah tangga dan juga urusan perbelanjaan seharian, bagaimana hubungan kita dengan ibu bapa sendiri dan juga keluarga mentua..bagaimana cara kita untuk mendidik anak-anak kita kelak ??? bagaimana hubungan kita dengan sang PENCIPTA..adakah bangun malamnya masih diteruskan ?? itu penting…penting…!! Oh..begitu banyak yang bermain-main di fikiranku..



Tapi..apa yang penting adalah sentiasalah persiapakan diri.. Jodoh itu akan tiba pada waktu yang tepat untuk kita..berusaha untuk jadi yang terbaik di kalangan yang baik..Allah itu yang menguruskan hal itu, jadi jangan risau, sentiasa berdoa dan istikharah supaya dipertemukan dengan yang bersesuaian dengan diri kita.. Akhir kata, selagi mampu berkhidmat, berkhidmatlah untuk Islam, sentiasa memperbaharui niat dan sentiasa persiapkan diri untuk terus berada dalam jalan dakwah ini...Mati kan bila-bila je.. =)


No comments:

Post a Comment