Tuesday 3 January 2012

kasih sayang

Sudah lama tidak ku coretkan di halaman ini.... Kesibukan barangkali...apa yang ingin ku katakan pada hari ini adalah mengenai Kasih Sayang... Bercerita mengenai kasih sayang tentunya ia berkait rapat dengan fitrah hati. Kasih sayang ini umpama tali yang mengikat hati-hati manusia. Apabila lahir kasih sayang maka akan lahirlah kemesraan dan kesinambungannya maka akan lahirlah kesejahteraan dalam hidup...kan ???

Sejenak ku termenung…
dan terus termenung lagi…
Betapa hebatnya nilai kasih sayang…
Tetapi, kita manusia…
Bagaimanakah kita meletakkan nilai kasih sayang itu?
Bagaimanakah kita menghargai kasih sayang itu?
Bagaimanakah kita membalas kasih sayang itu?


Telah bersabda Rasulullah SAW: " tidak akan masuk Syurga selain pengasih"
shbt bertanya, "Ya Rasulullah,tiap2 kami pengasih"
Rasulullah menjawab,"Bukanlah pengasih orang yang menyayangi dirinya saja., Tetapi pengasih itu orang yang menyayangi orang lain seperti menyayangi dirinya sendiri"

Dari Hasan,Rasulullah pernah bersabda,: "Umatku masuk Syurga bukanlah kerana banyak solat dan puasa tetapi dsebabkan selamanya hati dan kemurahan jiwa dan kasih sayang kepada sesama muslim"

Rasulullah bersabda lagi:
"Para pengasih akan dikasihi oleh Yang Maha Pengasih. Kasihanilah yang di bumi maka yang di langit akan mengasihimu".
"Siapa yang tidak mengasihi tidak akan di kasihi dan siapa yang tidak pemaaf,takkan dimaafi pula".



Renung-renungkan dan sama2 la kita beramal..insyaAllah

No comments:

Post a Comment