Wednesday 23 October 2013

My Birthday


Bismillahirahmanirahim...

22/10/2013,  Tarikh semalam..

Genaplah umurku 22 tahun.. Syukur Alhamdulillah..
pelbagai doa dan mesej yang ku terima daripada ayah bonda malahan daripada sahabat-sahabat.. 
syukur..Alhamdulillah...pertama kali disambut dengan begitu kerahmatan, dimulai dengan doa oleh atok sekeluarga dan juga sahabat-sahabat yang tidak putus-putus meraikan hari ulang tahun kelahiranku..sungguh aku terharu :')
Doa adalah hadiah yang terbaik buatku.. xperlu jam yang mahal, x perlu hadiah dan kek yang mahal, x perlu bunga yang mahal..cukuplah hanya sekadar doa dan kasih sayang yang kalian berikan padaku..itu sudah cukup mahal ku rasakan di sisiNYA.
Sedang aku merenung-renung kembali, apa yang ku telah lakukan selama 22 tahun ini..layakkah aku dipandang olehNYA..bertapa kerdilnya diri ini..


Allahu Allah..betapa banyaknya nikmat dan kebahagian yang telah engkau berikan padaku..
Alhamdulillah..
Oh Allah, 
ku mohon dariMU agar membahagiakan jua sahabat-sahabatku , saudara-mara seIslamku di luar sana..janganlah Engkau membebani kami dengan beban yang tidak mampu kami tanggungngi..
Oh Allah..
betapa aku bersyukur padaMU, aku masih berada dalam jalan ini..
KAU sihatkanlah tubuh badanku, cerdaskanlah akal fikiranku dan tajamkanlah ingatanku dalam menagih cintaMU..
Oh Allah, dahulu ku pernah berduka, dan ku sedar bahawa itu cuma drama dunia..
dalam keduakaanku, kau berikan kemanisan yang tidak terhingga kepadaku..
Oh Allah, betapa aku bersyukur padaMU.


Terima kasih atok dan nenek sekeluarga.










No comments:

Post a Comment