Saturday, 19 October 2013

Persoalkan Tentang Jodoh ???


Bismillahirahmanirahim...

Persoalkan tentang jodoh..Amat sukar untuk aku bicarakan..
bukan hati tak sudi tetapi merasakan bukan masanya lagi..
banyak yang aku perlu perbaiki..
banyak perkara yang perlu aku pelajari...
banyak ilmu yang belum aku ketahui..
malahan, kepada ibu dan abahku..belum aku menabur bakti..!

Persoalkan tentang jodoh..Amat sukar untuk aku bicarakan..
hatiku kering pabila membicarakan soal lelaki..
bukanlah aku ini membenci..tetapi lebih kepada melindungi diri...
untuk menjaga hati ini...
bukanlah aku ini egois, tapi takut pada mungkar Ilahi..
seandainya diri terjebak dengan cinta tak suci..

Persoalkan tentang jodoh...Amat sukar untuk aku bicarakan...
ada yang datang mengetuk hati..
malahan hadir bagi merisik diri..
 sanggup bersemuka dengan si wali...
maaf dipinta...dua kali ku tolak dengan rasa rendah diri..
kita tidak sama..keluarga kita berbeza..
ku punya keluarga yang besar..
adakah kau mampu menerima keluargaku??
kedua-dua orang tuaku???
kita tak sama..fikrah kita berbeza...
aku adalah aku...
yang ketandusan tarbiyah dariNYA..
yang mengharapkan supaya tetap dalam jalan ini...
pernikahan itu, ku harap...bukanlah yang mengurung aku..
bukanlah yang mengikat kakiku daripada turun ke lapangan..
bukanlah yang menutup mulutku dalam menyebarkan dakwahNYA..
maafkan aku..
maafkan aku..

Persoalkan tentang jodoh...Amat sukar untuk aku bicarakan...




1 comment:

There was an error in this gadget