Tuesday 21 May 2013

Neraca Kehidupan




Jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak dapat menentukan jumlahnya.
Surah An-Nahl, ayat 18
Di kesejukkan embun-embun menitik, pantas Nurul menarik selimut paras ke dada. Sayangnya mahu bangun daripada tempat tidur. Tiba-tiba badannya rasa seolah-olah dilambung dan BUSHH !!! kekuyupan badannya. "Nak pergi sekolah ke x nak?! Nak pandai ke nak jadi bodoh?!"Bingit telinganya dimarah abah. Rupa-rupanya abah mengangkatnya dan direndamkan di dalam kolah luar rumah. Dahulunya rumah Nurul di kampung, bilik airnya di luar rumah. Nurul yang berumur 5 tahun teresak-esak menangis. "Nak pergi sekolah.." Sejak hari itu, Nurul akan bangun sendiri untuk ke sekolah. Pulang sahaja dari sekolah pasti ibunya pula menyemak setiap buku yang dipelajari Nurul. Andaikata Nurul bermain sebelum menyiapkan tugasan, semua alatan sekolah dan buku-buku akan dilemparkan ke halaman. Habis buku-bukunya bertebaran. Pada umur seawal 5 tahun juga, Nurul telah diajar untuk menguruskan hal rumah. Malah menjaga adik-adiknya yang kecil juga. TUKAR LAMPIN, BASUHKAN NAJIS, MEMBERI MAKAN dan sebagainya.
Begitulah kehidupannya sehingga berumur 8 tahun. Pada umur 8 tahun, nurul ditinggalkan oleh ibu dan abahnya kepada pakciknya untuk dijaga kerana ibu dan abahnya berhijrah ke Johor dari Pahang. Pada  umur 9 tahun, Nurul turut mengikut ibu dan abahnya berpindah ke Johor. MUAR. Nurul bukanlah seperti kanak-kanak lain yang membesar dengar kenakalan dan dikelilingi dengan permainan tetapi telah dibesarkan dengan menjaga kedua-dua adiknya. Ibu bekerja..dan abahnya juga bekerja... Sebelum ibu dan abahnya pulang, Nurul WAJIB selesaikan tugasannya di rumah, membasuh dan menyidai kain, mencuci pinggan, memasak malah menghidangkan makanan ! Malah harus bank dan ke pasar juga. Begitulah Nurul telah dididik dari kecil. “aku nie dah macam snow white je rasanya. Hurm…”
“weh..jom main sama” kata kawannya nani. “erm..nak..tp aku kena jaga adik2x aku, rumah x kemas lg, jab g ibu aku balik”. Begitulah setiap hari…..sehinggalah Nurul di darjah enam..
“Yeay !! Ibu..akak dapat 4A 1B. Akak nak mintak sekolah jauh2x lah..hehehe”
Itulah saat-saat yang paling gembira buat Nurul setelah berhempas pulas belajar sendiri..hatta mencari guru mengaji pun sendiri tanpa mengharapkan ibu dan abahnya.
…………............................
PMR 127 hari lagi…merupakan detik hitam buat Nurul. Sehinggakan Nurul membenci semua lelaki. Pakcik yang paling dihormati cuba mengambil kesempatan ke atasnya. Mujur Nurul sempat melarikan diri bersama-sama adik perempuannya. ……PMR datang..Nurul cuba untuk melupakan kisah itu dan akhirnya Nurul berjaya mendapatkan status pelajar cemerlang dengan keputusan 7A 1B 1C
.……………………………..
Kini Nurul berjaya menjejakkan kaki ke MRSM. “wah..dapat juga dok Mrsm nie..hehe..bestnye..semua kawan-kawan nie pandai2x” begitulah Nurul..dia akan membahagiakan dirinya dengan menjayakan dirinya.
Di sangka panas sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari.…tut..tut…tut…”hello abah..akak nie..abah sihat?? Ibu ade??”“Abah dah ceraikan ibu” ZUP !! Bagaikan halilintar membelah bumi.Gelap segala pandangan Nurul. Bagaimana adiknya?? Bagaimana ibunya?? Bagaimana dirinya selepas ni??Nurul merasakan bahawa dunia ini tidak adil baginya. Setiap petang Nurul akan bersendirian di padang sekolah. Termenung dan menangis. Sampailah pada suatu hari ibunya datang ke asramanya.Dan cikgunya sering berpesan “Nurul, setiap orang ade masalahnya, tetapi bagaimana org itu menangani masalahnya?? Bersujudlah..berdoa kepada Allah..mengadu padaNya”
.………………………………
“kakak belajar pandai2x..jgn risau, ibu xde pape, akak jaga diri akak dan adik2x baik2x ye sayang”Begitu luluh hatinya. Ibunya menceritakan segala yang berlaku kepada Nurul. Dan abahnya pula menggunakan kuasa veto ke atas Nurul. “Abah x benarkan akak dan adik2x untuk berjumpa dengan ibu!”.Allah !! Ibu..akak rindu ibu..adik2x rindu ibu..dan ketika cuti sekolah tiba, Nurul akan sorang2x menaiki bas dari Mrsmnya ke larkin, Johor. Perjalananya hampir 8 jam! Pergi tanpa pengetahuan abah!“Aku nekad, aku mesti jumpa ibu..kalau aku mati tengah jalan sekalipun, aku x kesah”.Begitu kerasnya tindakan Nurul. Dia tahu, ibu x bersalah. Semua adalah fitnah ke atas keluarganya..Fitnah !!Banyak perkara yang berlaku..Nurul terpaksa memekakkan telinga dengan tohmahan masyarakat ke atas keluarganya hatta sauda-maranya sekalipun..Dan abahnya juga pernah membuangnya dek kemarahan yang melampau terhadap tindakannya membela ibu.
…………………………………..
Dalam keadaan keluarga yang porak peranda. Nurul masih berjaya mendapat 4A 4B dalam SPM. Ini melayakkan Nurul menjejakkan kaki ke matrikulasi. Nurul sering menanam azam..”Aku xkan musnahkan diri aku dengan perkara yang sia-sia”.Penceraian ibu bapa bukan kemusnahan untuk anak-anak.“Nurul..jom study..final da nak dekat..bangunlaa..”kejut rakannya.“Nurul demam..nurul x larat la nak bangun”SAH ! PANASS!!Rupa-rupanya…nurul bukan demam..tetapi terkena sihir orang..
Sakit Nurul berlarutan panjangnya..Ibu jauh..dan abah juga jauh..Nurul menangis keseorangan..Malam..pasti batuk2x..dan ada DARAH !Allah..ujian apakah lagi nie…nurul kena kuat..nurul x boleh tunjuk Nurul lemah..Nurul mesti kuat untuk ibu dan adik2x Nurul..begitula Nurul merintih setiap hari..Sehinggalah Nurul sembuh setelah pergi berubat.
…………………………..
Itu kisah 6 TAHUN yang lalu…Sekarang Nurul berjaya meletakkan kakinya di sebuah universiti di tanah air..Ramai yang bertanya..“BAGAIMANA NURUL BOLEH JADI KUAT DAN TABAH YE??”Dan jawapan Nurul…“Apa yang Allah aturkan, itulah yang terbaik buat Nurul. Nurul masih ada Allah. Ujian Nurul nie sedikit je, Jika nak banding dengan saudara-saudara islam yang lain. Ade yang dibunuh, ade yang kelaparan…dan Nurul bersyukur sebab Allah masih bg ni’mat kat Nurul =)”
…………………….
Nurul kenal dengan macam-macam jenis lelaki..Dan sehingga kini, Nurul hanya berjumpa dengan lelaki yang hanya mahu mengambil kesempatan sahaja. Lelaki buaya dan hidung belang. Ibu Nurul selalu berpesan “Kawan dengan lelaki boleh, tetapi JAGA MARUAH, jangan senang-senang nak bagi kepada lelaki macam 2 je”.Dan…sekarang Nurul hanya berdoa agar dia dapat berjumpa dengan orang y tepat untuknya..Cukuplah sekadar mahu menjaganya Dunia dan Akhirat. Membawanya ke syurga Allah. Nurul x mahu pisang berbuah dua kali seperti apa yang berlaku ke atasnya. Nurul x mahu anak2xnya rasa seperti apa yang Nurul rasa. SEKIAN.
*Kisah benar daripada seorang sahabat. Doakannya ya.









No comments:

Post a Comment