Tuesday, 31 July 2012

Fiqh (1)


Bismillahirahmanirahim....
di sini mahu dikongsikan sedikit ilmu y ak dapati dpd seorang sahabat.... Alhamdulillah...Terima kasih Ya Allah...
sedikit pencerahan diterima...=)



Sebelum nak bincang 5 fiqh tu tadi, kena faham dulu dik, fiqh ni dia duduk bawah hukum2 Islam, yg pecahan dia syariah dan fiqh tu sndiri.. apa beza? syariah ni adalah perkara berkaitan wahyu manakala fiqh plak adalah kefahaman & tafsiran ulamak terhdap nas2.. ok phm kan?

Sebelum pegi jauh jgk, kita kena paham beberapa dimensi dlm hukum Islam, klu adik g dengar pengajian ni mesti lagi cepat faham.. Sebab kadang2 orang awam ni x paham bila ulamak keluarkan sesuatu hukum, sebeanrnya ada kerangka2 tersendiri.. kita tgk sikit satu2 boleh? :)

1. TAHAP
- Pensyariatan (tasyri')
- Perlaksanaan (tanfidz)

2. CAKUPAN
- Tersendiri (lidzatihi)
- Tertakluk (liqhairih)

3. IKATAN
- Masa (az-zaman)
- Tempat (al-makan)
- Keadaan/kondisi (al-ahwal)

4. MASA
- Kekal (muabbad)
- Sementara (muaqqad)

....
Ok dia pusing2 kat situ, kadang2 Qaradhawi keluarkan fatwa yg macam pelik sbb nampak macam agak liberal, jgn cepat marahkan dia, dia ulamak besar mesti dia tau apa yg dia fatwakan, ooo rupa-rupanya dia bercakap dlm kerangka2 yg tertentu.. ok senang kan? :)

fiqh ikhtilaf
fiqh ikhtilaf ni kefahaman terhadap perbezaan pendapat dan adab-adabnya.. mcm islam kan byk mazhab2, so kena ada fiqh utk org islam menerima perbezaan pendpat2 ni.. bukan menyebabkan pergaduhan dll..berbeza pula dari segi feqah xpe bukan dasar macam aqidah..

fiqh muwazanat
fiqh muwazanat plak adalah fiqh pertimbangan..
pertimbangan antara maslahah vs mafsadah,
maslahah tu kebaikan,
mafsadah tu kerosakan..
klu bertembung cthnya perkara maslahah & mfsadah, maka kita kena pertimbangkan nak amek mana, mestila yg byk maslahah kan..cthnye rokok..adik senaraikan kebaikan rokok, then senaraikan plak kerosakan dari rokok.. akhirnya kita akan dapat pertimbangkan yg rokok ni byk kerosakan, maka jgn la merokok.. gitu
pertembungan ni..kadang2 berlaku jgk macam ni maslahah dgn maslahah mafsadah dgn mafsadah
haaa klu jahat vs baik senang nak nampak kan.. tp kadang2 kita bertembung jgk aspek kebaikan dgn kebaikan.. haaa cmne tu?

"".kalau cm2..kena bezakan kbaikkan tuk individu n masyarakat plak la kan...ke camne ??""

yesss, pandai dah ni..huhu
yg tu salah satu aspek pertimbangan
maslahah besar diutamakan berbanding maslahah kecil
mslhah ramai diutamakan dari individu..
cthnya qaradhawi tegur org yg suka habiskan wang utk buat haji dna umrah byk kali, mmg benda baik tp utk indivudu je.. maka lebih baik harta tu infaq kpd tujuan dakwah ke, penubuhan sekolah agama ke.. so maslahah ramai diutamakan.. cmtu banyak lagi.. kita sambung lain kali ye dik.. boleh? :)

so...akan disambung kemudian...hahaha...teruja.. ^_^

2 comments:

There was an error in this gadget