Tuesday 5 June 2012

Sayu_Mampukah aku ?



Bismillahirahmanirahim.. Allah..Allah..

Terasa begitu sayu hati nie, :'(
Kepulangan ku di kampung halaman disambut dengan berita y agak mendukacitakan..
bukan ku sahaja ingin meluahkan di sini, tetapi hati ini bagai disiat-siat apabila menerima ap y dikhabarkan itu,
tujuan utamaku pulang ke kampung adalah ingin melihat abahku y kurang sihat baru2 nie..tambahan kerinduanku y menggunung kepada adik2 kecilku... Allah..Allah..
kepulanganku disambut ceria oleh adik2 kecilku beserta mama dan abahku,
Almaklumlah anak sulungnya pulang...
aku mengaku, aku memang jarang untuk pulang ke pahang..dan aku ada alasanku y tersendiri..
perkhabaran abah y kurang sihat terus membatalkan hajatku untuk mengikuti 'Konvoi Ukhwah Walimah Kakak Seniorku'..hal keluarga lagi penting ku rasa...
sesampai d rumah pd jam 5.30ptg, aku melepaskan lelah sebentar..oleh kerana kepulangan ku y tidak lama ku rasa..pada jam 6ptg, aku terus menziarahi ayah dan ibu angkat ku yang berumur lebih 80 tahun ku kira y x jauh dpd rumahku.. terasa seronok meredah hujan bersama-sama dgn adik keduaku...dan Alhamdulillah kedua-dua ibu dan ayah angkatku sihat..
mahu dijadikan cerita, semalaman ak meluangkan masa dgn keluargaku, bagi mengubati rindu...
keesokannya, aku pergi ke rumah makcikku..dan di situlah bermula kesedihan hatiku..
...
dia bertanya, "awak belajar lg bape tahun kakak? lepas nie nak sambung belajar ataupun terus nak kerja ? " 
aku menjawab, "x tahu lg mak,lagi setahun.. mungkin nak sambung belajar lg.."
dan dy pun kembali berkata..."kakak, kalau abah awak meninggal nanti, bayaran geran tanah 2..awak sanggup bayar x, mak xnak ianya jatuh ke tangan orang..yelah kite bukan tahu ajal maut nie bila..sedangkan arwah ******* meninggal sebab jatuh bilik air je.". Makcikku aku bahasakan dirinya sebagai "mak" seolah-olah terus meletakkan "beban" dibahuku..! aku seolah-olah x percaya apa y dikatakan..tergamak dy mengeluarkan persoalan seperti itu.. Allah, sedih rasanya.. Abahku masih sihat lg, dan abahku tidak berkata apa-apa pun  tentang hal tanah pusaka nie..sebab abahku tahu, aku tidak suka melibatkan diri dgn harta pusaka tinggalan arwah aki dan wan..dan abahku tahu juga jawapanku setiap kali abah mahu bagi anak-anaknya bahagian masing2..dan aku sering menjawab " xpa abah, akak x mahu tanah tu, biar akak cari sendiri bila akak dah kerja nanti, akak x suka ianya jadi bahan rebutan adik-beradik dan saudara mara y lain..nanti bergaduh je pulak.."
...
taapiii kenapa ianya dibangkitkan oleh makcikku ? patutlah selama nie selalu keneng2kan aku dgn anak lelakinya, sepupuku sendiri !...Ada udang d sebalik mii rupanya...huh! dan y menjadikan hatiku rasa  makin sedih adalah apabila abah menyorokkan tentang sakitnya..alasannya " abah malas nak bg tahu anak2 abah y abah x sihat, korang semua nak belajar, t ganggu pelajaran pulak..kalau abah dah mati baru bg tahu ". Allah..adakah aku ini tidak penting ?! :'(
dan aku pulang ke bumi UKM ini dgan hati y berat sekali..
Allah...aku sering bertanya pd diriku, adakah aku akan bersedia menempuh masa depanku ?
bagaimanakah nanti keadaanku dan keluargaku ?
dan y paling aku pasti adalah tanggungjawab y besar bakal aku pikul kelak..
Doaku, semoga Allah permudahkan segala urusanku d dunia mahupun d akhirat..
aku perlu kuat untuk adik2ku dan keluargaku.
wallahu'alam.





No comments:

Post a Comment