Thursday 28 June 2012

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul..


Bismillahirahmanirahim..

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul, berat lagi bahu menggalas amanah..
begitulah keadaanku...
saat aku ditaklifkan jawatan sebesar itu, hanya Allah y aku perlukan saat itu..Allah..Allah..Allah !
terbayang pertemuanku dikala tahajud, terasa sayu hatiku
bagaikan disiat-siat..
terasa bagai mahu menitis air mata..Ya Allah..aku tidak layak ya Allah, aku bukan sebaik-baik ummat ya Allah...ilmu di dada belum cukup untuk memegang sesuatu amanah y begitu berat padaku...tatkala mendegar ucapan dasar dpd mantan amir..terasa gugur, luluh hati ini..itu amanat y datang dari Allah melalui ucapan mantan tersebut..aku masuk ke lapangan bukan kerana jawatan, aku masuk lapangan bukan kerana mengisi masa lapang..tapi aku ke lapangan demi agama Mu,

kadang-kadang aku tertanya-tanya
adakah aku tidak bersyukur ?
adakah aku menyalahkan takdir ?
adakah aku tidak redha ?

tetapi jawapan y aku temui
sudah tertulis di luh mahfuz bahawa aku akan memegang "sesuatu" itu tika umurku 21 tahun
sudah ditakdirkan Allah bahawa aku kena berjuang demi agamaku
banyak y perlu aku perbaiki lagi selepas ini..

ya..demi Islam..
aku tak boleh patah semangat..
biar berpatah arang,
sebelum tersungkur menyembah bumi.





No comments:

Post a Comment