Tuesday 1 May 2012

malu perisai orang beriman


Bismillahirahmanirahim..

Subhanallah..Subhanallah...Subhanallah...Maha Suci Allah..Tuhan sekalian Alam..
Lama sungguh tidak ku nukilkan di sini.. Sibuk barangkali...
Alhamdulillah...
Sekurang-kurangnya masaku tidak dibazirkan dengan perkara sia-sia..Subhanallah..
Pertama kali membaca petikan ini "Berdiri biar berjarak, pandangan perlu dihijab, senyuman biar berkhemah kerana malu perisai orang beriman"
Membuatkan aku tersenyum sendirian, =)
kata-kata itu membuatkan diriku x kisah andai dikatakan sombong atau garang oleh para lelaki-lelaki di luar sana...
Padaku, x kenal maka x cinta..
dan aku juga punya prinsip, tidak akan menghubungi orang yang berlawanan jantina andai tiada urusan yang hendak diuruskan..
sebab aku tahu keadaan diriku sendiri..
yang mungkin akan terpedaya dengan pujuk rayu mereka..
dan aku juga berpegang dengan satu pegangan dalam diriku,
sekalipun mempunyai hubungan mahupun terbit perasaan rasa suka dan cinta kepada dia yang bergelar lelaki,
tidak sesekali ku benarkan dia menceroboh hatiku sesuka hatinya selagi perhubungan tidak halal..
mungkin pengalaman dan sejarah hidupku membuatkan hatiku tertutup sekemas-kemasnya..
dan aku juga amat menyakini bahawa Allah itu yang memegang hati manusia itu,
Jika Allah membenarkan aku menyayangi seseorang itu, pasti aku akan menyayanginya satu hari nanti..
Subhanallah...
terasa amat kerdil diri ini apabila tiba-tiba "penyakit hati" itu terbit..
membunuh setiap ruang fikiran dan kerjaku..walaupun sudah aku beristikharah..
sungguh memang aku benci "penyakit hati" itu kerana aku merasakan bukan masanya lagi..
dan aku berusaha untuk membuang perasaanku dengan perkara yang sia-sia..
memang ianya akan melukakan hati sesetengah pihak,
tapi..
aku lagi takut KEMURKAAN Allah..
aku bukan sempurna
tapi aku berusaha untuk menjadi yang lebih baik demi agamaku..
InsyaAllah.












No comments:

Post a Comment