Wednesday 18 January 2012

Kurniaan tuhan yg sempurna pemberianNYA- Syukur dan Nikmat


Bismillah wa syukurillah..
Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah....
masih diberi nikmat iman dan islam, masih berada dalam negara yang aman dan punya keluarga yang bahagia..kasihnya Allah pada hambaNYA, tapi masih ramai yang lupa dan lalai untk menunaikn tanggungjawab sebagai abid itu..na'uzubillah.. mudah-mudahan diriku sentiasa dalam jagaan Allah rabbul Izzati..dan...Selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W.


untuk entri kali ini..aku berminat untuk menulis tentang nikmat atas kurniaan yang sempurna pemberianNYA..berkenaan dengan pemberian Allah S.W.T kepada manusia..Kesempurnaan akal..kesempurnaan tubuh badan...kesempurnaan lahiriah mahupun rohaniah...Cuma ianya bergantung kepada individu ataupun masyarakat itu sendiri sama ada mahu mensyukuri nikmat kesempurnaan itu...Aku boleh menghubungkaitkan dengan keadaan diriku...Seawal usia 12 tahun lagi hingga sekarang. Aku mempunyai masalah rabun yang tinggi..Dan seawal usia itu juga aku mula memakai "mata empat". Kemana sahaja aku pergi, pasti "mata empat" itu akan aku pakai...jika tidak... maka diriku boleh diibaratkan sebagai sang buta tercari-cari tongkatnya...Hal ini terjadi apabila "mata empat" ku hilang.. Pada hari pertama tanpa cermin mata, terasa pening dan pedih yang amat mata nie. Kadang-kala terpaksa pejam mata untuk seketika bagi hilangkan rasa pedih dan mata pun berair sebab tak tahan silau.


Masa tu baru aku teringat yang aku pernah terdetik dihati untuk guna mata yang asli dan bukan “mata empat” lagi. Akhirnya, Allah s.w.t. makbulkan permintaan aku tu. Ketika itu aku muhasabah sendiri. Kenapa aku tidak bersyukur dengan kehadiran "mata empat" itu walaupun nikmat penglihatan mata ku di tarik sedikit..Dan sepatutnya aku bersyukur berbanding kepada mereka yang langsung tidak dapat melihat dunia dan kurang upaya dari sudut penglihatannya tetapi masih lagi mempunyai kesyukuran yang tinggi dengan pemberian tuhan...Kadang-kala, nikmat dan kurniaan yang DIA berikan terus menerus membuatkan kita tidak sedar dan tidak reti untuk melafazkan rasa syukur atas segala pemberianNya. Bila sudah hilang barulah mula tercari-cari…


Buktinya berapa ramai yang baca doa selepas makan sebaik sahaja selesai makan? berapa ramai yang baca doa bangun tidur setelah bangun dari tidur yang panjang? dan berapa ramai yang sujud syukur takkala mendapat sesuatu nikmat? Berapa ramai menggunakan kurnian  tubuh badan sihat dan kesempurnaan akal untuk beribadah kepadaNYA...?? Tepuk dada dan tanya SIAPA aku…


“Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah kamu dapat menghitungkannya. Sesungguhnya manusia itu sangat zalim dan sangat mengingkari (nikmat)”. 
( Surah Ibrahim : 34 )



Jadi...marilah sentiasa muhasabah diri mensyukuri nikmat yang telah dikurniakan oleh Allah.. InsyaAllah..


Sesungguhnya mensyukuri nikmat juga menunjukkan tanda hampirnya dan kecintaan seseorang kepada Allah. Orang-orang yang bersyukur memiliki kesedaran dan kemampuan untuk melihat keindahan dan kenikmatan yang dikurniakan Allah.

Wallahu'alam. 




No comments:

Post a Comment