Saturday 7 January 2012

POSITIVE kan Dirimu ^_^

Assalamu'alaikum..Alhamdulillah...Syukur kerana masih diberi peluang untuk menghirup udara dan mengecapi nikmat Allah S.W.T pada hari ini.. =D
Ayat 4 rangkap di bawah ini dipetik daripada Langitilahi.com =)
khas buat pejuang-pejuang di luar sana :


Pemuda Islam adalah pemuda harapan
Yang dengan tangannya lahir sebuah kejayaan
Menapak kehidupan dengan cahaya iman

Bergerak ke depan raih kebangkitan islam


ok..nak tambah sikit...hehehe ^_^
Pepatah ada juga mengatakan ´tangan yang menghayun buaian, mampu menggoncang dunia´. 
Di belakang kejayaan seorang lelaki, juga berdiri seorang wanita. 
jadi bukanlah mengharapkan PEMUDA sahaja...PEMUDI sekali pun tidak ketinggalan ye... =)




Bagi yang rasa patah semangat sebelum berjuang , mahupun merasakan diri ini pernah sekali tersungkur,jangan sesekali patah semangat..Jika kita pernah gagal, ini tidak bermakna kita akan gagal selama-lamanya. Persoalan yang penting bukanlah bagaimana kita akan gagal tetapi persoalannya adalah bagaimana kita akan mengendalikan dan berhadapan dengan kegagalan tersebut.
Bagi mengelakkan perasaan kecewa dan putus asa atas kegagalan yang di alami:
  • Sentiasa ingat bahawa setiap ujian yang menimpa adalah untuk menuntut kita untuk menjadi yang lebih baik.
  • Sesuatu yang penting dalam urusan kita ialah usaha yang kita lakukan, bukan hasil usaha kerana hanya Allah s.w.t yang menentukan hasil usaha yang kita lakukan. Walaupun kita tidak berjaya kita tetap mendapat ganjaran pahala dari Allah s.w.t
  • Sentiasa berdoa memohon pertolongan Allah dalam segenap hal dan bertawakal kepada Allah.
  • Bersabar dan sentiasa memikirkan peluang dan apa yang boleh dilakukan untuk memperbaiki keadaan tersebut dan bukannya dengan bereaksi dengan emosi dan hawa nafsu.
  • Berfikiran positif, merasai setiap kegagalan ada hikmahnya disebaliknya.
  • Sekiranya doa yang kita mohon masih belum dimaqbulkan, sentiasa bersangka baik kepada Allah s.w.t dan sentiasa terus berdoa dan menghampirkan diri kepada Allah kerana Allah lebih tahu apa yang lebih baik untuk hambanya.



    Oleh itu, marilah sentiasa senyum dan sentiasa meletakkan diri dalam keadaan yang "BERSANGKA BAIK" ..insyaAllah akan dipermudahkan...hehehe..(Rindu nasihat nie ^_^)


    Dengan senyuman,kemanapun kita pergi,bersinarlah di sana cahaya kegembiraan.Tidak ada urusan yang berat dalam dunia ini.Semuanya dapat diatasi.Senyumlah,supaya alam turut tersenyum kepada anda.



No comments:

Post a Comment