Wednesday 25 January 2012

Amal jama'i



Bismillahirahmanirahim...


Amal Jama’i (gerakan bersama) dari segi istilah bermaksud  “Sekelompok manusia yang berhimpun dan bekerja bersama untuk mencapai tujuan yang sama.” Amal jama'i adalah dikatakan sebagai amal yang dilakukan secara berjama'ah atau yang diatur dalam sebuah kelembagaan (Tanzhim). Tujuan utama dalam amal jama'i adalah supaya kita lebih bersemangat untuk mengumpulkan atau menyimpulkan visi dalam rangka persaudaraan dan saling tolong menolong antara yang satu dengan yang lain diantara kita ummat Islam. Oleh hal yang demikian, maka wajib bagi kita untuk mengamalkan atau merealisasikan masalah amal jama'i tersebut.


Seperti yang sedia maklum, kita boleh mengadaptasikan apa yang dipelajari di sekolah dalam Amal Jama'i ini iaitu konsep Hooke's Law di dalam subjek fizik. Hooke's Law paling popular dipelajari adalah bersama-sama  dengan spring. Dan apa yang kita telah pelajari, hukum Hooke's Law adalah seperti berikut : 


F = -kx

F merujuk kepada ‘daya’ yang dikenakan ke atas spring, x adalah ‘displacement’ atau perubahan panjang spring selepas dikenakan daya tadi manakala k adalah ‘spring constant’ yang nilainya berbeza-beza mengikut jenis spring. Berdasarkan persamaan Hooke’s law  tadi, spring yang memiliki nilai k yang lebih tinggi lebih sukar diregangkan walaupun kesemua spring dikenakan daya yang sama seperti yang ditunjukkan dalam gambar rajah di bawah. Spring yang berada di kanan gambar mempunyai nilai k yang tertinggi.








Kita juga pernah melakukan uji kaji dan membuat pengiraan untuk spring dalam susunan dalam bersiri dan selari. Cara pengiraan "k bersamaan" bagi kesemua spring adalah berbeza bagi kedua-dua situasi.





Spring di kiri adalah secara bersiri manaka spring di kiri adalah secara selari. Apabila membandingkan kekuatan antara dua jenis susunan ini, kita mendapati bahawa susunan dalam selari adalah susunan yang terbaik dan terkukuh, kerana nilai "k bersamaan" bagi susunan dalam selari adalah lebih besar daripada susunan bersiri. Dan disebabkan ketahanan tinggi susunan dalam selari ini, nilai displacement x untuk susunan dalam selari adalah rendah berbanding dalam bersiri. Ternyata springs dalam selari sukar diregangkan.

Dan begitulah kekuatan kita jika kita bersatu-padu dan tolong menolong dalam menampung bebanan kerja. Dalam kaedah team work ataupun kerja berpasukan, setiap ahli saling menyokong di antara satu sama lain. Yang kuat dengan nilai ‘constant’ yang tinggi tidak akan duduk berehat dan melihat si lemah merana dengan bebanannya. Kalau diasak dan diuji, kita akan saling bertahan dan menyokong sehingga ‘displacement’ kita bergerak dalam satu saff.

“Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa..” (al-Maidah: 2)

Dan para da’i yang bekerja secara team work ini adalah mereka yang berdikari dalam kerja dakwah. Mereka tidak bergantung di antara satu sama lain dalam susunan bersiri, tetapi mereka bergantung pada base ataupun tapak, asas utama yang paling kukuh iaitu Allah S.W.T. Pergantungan dalam bersiri hanya akan mengundang kerosakan yang berlaku bertali arus lalu memutuskan ikatan ‘spring’ yang lain. Disebabkan spring lemah yang seronok sendiri berjuang berseorangan, ia tidak tahu lemahnya ia akan melemahkan lagi elemen spring di bawahnya dalam sistem ini.



Kita tidak mahu menjadi orang kuat yang berjuang sendiri-sendiri. Untuk orang yang berjuang secara bersendirian dalam bersiri, spring yang ‘kuat’ akan mengalami kesakitan ‘displacement’ yang sedikit sahaja tetapi spring yang ‘lemah’ meregang dengan seksanya dalam suatu ‘mass’  atau berat yang sama.
Yang kuat ini mungkin tidak perasan kewujudan spring lain dalam sistem gerak kerja mereka itu. Hanya apabila spring lemah mencapai ‘yield strength’ dan menghampiri fracture, pada ketika itu barulah spring kuat akan merasai dekatnya ia kepada azab runtuhnya kerja dakwah kerana terputusnya semua spring dari segala ‘force’ atau tekanan lalu ianya menjadi spring yang tidak berguna. Tuntasnya, marilah kita menjadi elemen-elemen yang taawun ‘ala birri wattaqwa. Kuatnya diri kita adalah kuat untuk amal jama’i, bukannya kuat seorang selebriti seperti kata pepatah bersatu kita teguh bercerai kita roboh. Wallahu'alam.





No comments:

Post a Comment